Promosi Januari 2016

Promosi Januari 2016

December 31, 2015

Bagaimana Kalsium dapat mengelakkan sakit belakang

"Doctor, saya selalu sakit pinggang, sakit sendi.. Kenapa ye? Ada produk atau supplement yang boleh sy ambil?" 


Inilah antara dialog atau soalan-soalan yang selalu sy dengar dari mulut pesakit, 

Kadang kala disebabkan oleh faktor usia yang sudah meningkat ataupun faktor pekerjaan, Tidak dapat dinafikan ramai di antara kita yang membanting tulang ketika bekerja, dan bila tamat waktu kerja, mulalah sakit pinggang menyerang.

Ada juga yang sakit pinggangnya melarat sampai tak boleh nak buat kerja lagi dah,

Selalunya, sy akan nasihatkan untuk mengambil supplement kalsium yang sangat baik untuk menguatkan tulang dan otot. Kalau di hospital, calcium lactate 600 mg akan dibekalkan kepada pesakit untuk mengurangkan sakit sendi dan pinggang. 

Tapi mungkin ada diantara kita yang susah hendak ke hospital, iyalah dengan ramai orang dan parking pun susah, ramai yang mencari alternatif lain untuk mendapatkan supplement kalsium. 

Di sini saya ingin sarankan satu supplement yang saya sendiri amalkan, Ostematrix. Sekiranya anda pernah baca entry saya mengenai supplement ini semasa saya mengandung, mesti anda sudah tahu keberkesanan ostematrix ini. 


Tetapi pengambilan ostematrix tidak tertumpu kepada wanita hamil sahaja, malah segenap lapisan umur boleh ambil supplement ini,

Ostematrix telah terbukti kebekesanannya dalam meningkatkan kandungan kalsium dalam badan, Satu tablet kalsium adalah bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium atau 80 biji badam, Haaa, kalau nak makan 80 biji badam sehari penatlah kan, tetapi pengambilan Ostematrix adalah lebih mudah. 

Hanya 4 biji ostematrix sehari sudah cukup untuk menjadikan anda lebih sihat bertenaga, 


Manfaat utama Ostematrix: 
a) menguatkan tulang- menghalang osteoporosism menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. 

b) mengurangkan sakit sendi dan kekejangan- pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi, 

c) meringankan stress- mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung dan menggalakan tidur yang lebih selesa. 

Bagi saya, pengambilan 4 biji Ostematrix sangat penting setiap malam tambah pula kalau di siang hari dah penat bekerja dan berjalan, Insyaallah, bangun keesokkan harinya tak kan sakit sendi, Hehe

Untuk maklumat lanjut atau consultation mengenai Ostematrix atau supplement yang lain, boleh hubungi saya di 013-2744885. Saya sedia membantu :) 

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia

Salam 2016! :) 

December 30, 2015

Jom kurus dengan selamat bersama Lecithin

Assalamualaikum semua.

Sambil minum-minum petang jom kita update sikit knowledge :)

Mesti ada diantara kita yang sedang berusaha untuk kurus atau kembali ke berat asal bagi ibu-ibu yang baru melahirkan.

Struggle nak tahan makan, berlapar dan bersenam?

Lecithin insyaallah dapat membantu dalam mengurangkan berat badan dengan sihat.

Antara khasiat dan manfaat lecithin:
a) membantu pemecahan lemak dan kolesterol- bertindak sebagai "pembersih" saluran darah, membantu mengemulsi dan memecahkan lemak dan kolesterol.

b) menyerap vitamin yang larut lemak- membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K.

c) mengurangkan berat badan secara pelangsingan- menggalakan pembakaran lemak dalam badan untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

d) melindungi hati- menghalang enapan lemak di hati dan memulihkan kesihatan hati.

e) mencantikkan kulit dan otot- membentuk sel membrane, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan.

f) menghalang tekanan darah tinggi- menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah

g) mengurangkan sembelit- bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Haaa bestkan? Banyak khasiat dan manfaat dari lecithin terutama bagi yang sedang cuba untuk lose weight.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, jangan risau, lecithin selamat untuk dimakan semasa breastfeeding.

Kebaikan dan faedah lecithin :) 

Jangan tunggu lagi. Promosi lecithin akan berakhir esok ye semuaa :) 
Untuk consultation lanjut, boleh hubungi saya di 013-2744885, pengedar sah Shaklee 

Semoga kita dapat kurus dengan sihat dan selamat :) 

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia

Tips bawa baby naik flight

Assalamualaikum semua.


Lama sudah sy tak update blog. Tak berkesempatan, baru pulang dari kampung dan spend masa bersama parents sementara mereka ada di rumah.

Hari ini saya hendak berkongsikan sedikit tips dan pengalaman semasa fly bersama si kecil untuk pulang ke Ipoh. Tak jauh dari Johor Bahru kalau menaiki kapal terbang, tapi inilah pengalaman pertama saya handle baby seorang diri naik flight.


Tips and pengalaman travel naik flight with baby
======================================

As a mother, mestilah cuak kan first time nak naik flight dengan baby. Tak tahu what to expect, tapi adalah google2 sikit-sikit baca tips before fly.

Tak jauh pun perjalanan dr JB ke Ipoh, dalam 1 jam 30min, tapi macam2 boleh jadi dalam perjalanan tu. Mentally kena prepare juga, buatnye melalak tak mau diam haru mak oiii. Hihi.

Travel naik firefly je (Ipoh hanya ada firefly n malindo air) tapi dah cukup selesa sebab masa check in tadi staff offer untuk duduk sorang. Sy pun okaylah, senang nk breastfeed. Tak ganggu org sebelah dan kita pun tak segan.

Kalau travel dengan infant wajib check in dekat counter, tak boleh web check in. Jadi datang awal sikit dalam 1jam setengah sebelum flight.

Limited handcarry
===============
First skali sebelum fly, mestilah setelkan luggage. Firefly sediakan 20kg manakala 15kg kalau naik malindo. Dah cukup berat tu. Masa nak pack, packlah segala benda masuk dalam luggage tu tinggalkan essential needs je dalam handbag. Limitkan hand carry senang nak bawa baby. Tadi pun beg dah 18kg, mcm bawak batu. Hahahaha :p


Masa nak boarding, staff akan dahulukan yang memerlukan extra need macam yang bawa baby, orang kurang upaya, org tua dan pregnant lady. Jadinya masa nak naik flight, kamilah org pertama yg boarding. Wahhh mcm vvip youuuu kikiki. Sebab apa, senang nk cari seat dan x perlu tunggu org nk letak bag semua. Kita dah siap-siap duduk.

Safetybelt for baby
==============

Baby akan ada safetybelt sendiri yang staff akan pasangkan. So tak perlu risau masa take off or landing. Safetybelt tu akan dipasang together dgn safetybelt person yg tengah pegang baby. So very easy :)

Takeoff
=======

Inilah yg paling mendebarkan sekali sebab takut baby takut. Padahal mak yang takut. Hahahaha. Ada tips dlm blog cakap susukan baby masa take off tapi Dyia tak mau. Prefer nak duduk and feel the feeling of take off. Okaylah. Jadi sy just tutup telinga dyia dua-dua guna tangan supaya pressure tak kuat sgt. Lepas dah stable boleh lepaskan dah dan baby pun happy, tak nangis.

Baby lebih prefer kot untuk berdiri n main-main instead of terikat dgn safetybelt, tp kena hati-hati lah pegang jangan jatuh :)

Essential dalam flight
=================

Sebelum bertolak ke airport make sure semua barang dah ready dalam handbag mcm pampers, tuala kecil, sweater, selimut kecil, and mainan. Tadi mak lupa nak bwk mainan, abeslah semua flyers dalam flight tu jadi bahan main. Hahaha. Dalam flight and airport sejuk, sweater sgt penting. Selimut kecik pun. Jgn nk naik flight pkei rompers je, menggeletarlah baby. Kesian nanti.


As long as baby x nangis, mainlah dengan baby so dia tak bosan. Lepas dah puas main nanti mesti baby akan tido.

Dyia main je dalam flight for the first 40 mins, lepas tu tido :)

Dekat nak landing barulah bangun. Nasib baiklah masa nak landing pun dyia cool je, tak nangis.

Kalau baby menangis dan tak mau diam, try susukan mane tahu boleh kawal sikit perasaan baby and rasa more comfort.

Alhamdulillah, it has been a good experience for me and Dyia tho kami travel berdua je. Next time boleh naik flight lg, ke Korea ke kite ehh. Haha.

Insyaallah memang hajat di hati nak sangat menjejakkan kaki ke korea. Plannya October 2016. Semoga dipermudahkan :) 

Picture sebelum bertolak :) 

Semoga tips ini bermanfaat untuk parents yang bakal travel bersama si kecik tercinta :) 



December 25, 2015

Luka episiotomy lambat sembuh? 7 tips berguna untuk para ibu


 


Assalamualaikum dearest blogger and readers.

Saya on the way pulang ke JB, sambil-sambil dalam perjalanan ni jom kita update satu entry.

Kali ini, saya hendak berkongsi pengalaman dan tips untuk menyembuhkan luka episiotomy.

Haaa apa itu episiotomy? Episiotomy adalah luka surgical (surgical incision)  yg dibuat untuk mempermudahkan proses kelahiran di mana sedikit guntingan akan dibuat di bahagian posterior vagina wall dan perineum. Susahkan nak faham medical terms ni? Hehe. Saya sertakan gambar lebih senang nak faham.



Episiotomy dilakukan untuk mengelakkan laluan daripada terkoyak dan memerlukan lebih banyak jahitan dan prosedur.

Bukan semua kelahiran wajib untuk episiotomy. Malah sekarang, episiotomy tidak lagi dipraktikkan oleh sesetengah obstetrician. Bagi ibu-ibu yang sudah melahirkan lebih dari satu anak, mungkin tidak memerlukan episiotomy kerana laluan lebih fleksible berbanding ibu yang baru pertama kali melahirkan.

Masih teringat lagi saya saat-saat melahirkan, staff labour room yang menyambut kelahiran baby saya menyebut, "Dr, saya buat epi sikit ye". Masa itu sakit contraction melebihi segala-galanya. Sakit diepisiotomy tu macam semut je. Tak rasa pun. Hehe

Selepas dijahit, kini proses menjaga luka pula. Pada saya, inilah part paling challenging sepanjang berpantang.

Tips menjaga luka episiotomy


1) pastikan luka sentiasa bersih dan kering
Adalah sangat penting untuk sentiasa memastikan luka kering dan bersih. Saya amalkan setiap kali lepas keluar dari toilet tukar pad yang dipakai dan pastikan luka kering dahulu. Guna tisu bersih untuk lap. Tapi hati-hati ya, slow-slow je. Hehe

2) Iodin vs air
Semasa berpantang, nurse yang datang melawat ke rumah bekalkan saya dengan iodin untuk bersihkan luka setiap kali lepas mandi. Ada juga yang nasihatkan supaya hanya gunakan air paip biasa untuk bilas luka. Dua-dua saya cuba, tapi lebih suka pakai iodin sebab rasa lebih bersih. Boleh try mana-mana yang anda selesa.

3) jalan slow motion hehe
Yesss time ni lah kena jalan kepit-kepit slow-slow ala- ala princess supaya luka tidak tertetas. Kalau tertetas maka berganda-gandalah takutnya nanti. Haha. Sepanjang 44 hari berpantang, saya hanya pakai kain batik sahaja. No seluar. Ini memastikan bila duduk tu lebih selesa.

4) pantang makan (bukan pantang jumpa yeeee..hehe)
ini bab paling penting bagi saya. Makan kena pantang. Kalau makan yang gatal dan tajam, memang tak senang duduk lah nanti.
- ikan haruan: makan sejak day 1 berpantang. Buat sup or stim. Memang sedap. Ikan haruan sangat tinggi kandungan zinc yang sangat baik untuk penyembuhan luka.
- pati ikan haruan: pati ikan haruan ni saya tak cuba. Tapi dari hasil googlean saya ada yang cakap hanyir sikit. Ada yang tak tahan. Itu lah sebabnya saya batalkan hasrat untuk mencubanya. Brand pollaney yang paling popular.
- manjakani: yang ni saya makan dengan nasi panas. Manjakani sangat baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
- elakkan makanan yang gatal seperti ayam, seafood,ikan-ikan berbisa seperti ikan keli.

5) sapuan manjakani di tempat luka
Hanya blend kan atau tumbuk manjakani, campurkan dengan air dan sapu di tempat luka. Memang cepat je luka kering. Saya amalkan seminggu. Kesan sangat menakjubkan. Hehe

6) supplement zinc complex
Saya juga amalkan supplement zinc dari Shaklee. Zinc complex ini dah termasuk dalam set berpantang. Mudah je, makan sehari sekali sebelum makan pagi untuk merangsang penyembuhan luka dengan cepat. Alhamdulillah, luka saya cepat je sembuh.


7) Set berpantang Shaklee
Antara yang membuatkan saya terus bertenaga, susu banyak dan pekat dan luka cepat sembuh ialah dengan mengamalkan set berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, VITALEA, ZINC COMPLEX, B COMPLEX DAN ALFALFA. Set ini sangat membantu.
Insyaallah ada rezeki lagi saya akan teruskan mengambil set ini.



Tempoh menjaga luka ini sangat kritikal untuk memastikan luka cepat sembuh dan tidak terkena jangkitan. Sekiranya luka tertetas, berbau dan bernanah, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

Luka cepat sembuh, ibu pun stress free. Betul tak? :)

Untuk para ibu yang mempunyai masalah luka lambat sembuh atau sedang menunggu hari dan masih tercari-cari set untuk berpantang, boleh hubungi saya untuk consultation lanjut.

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia

December 24, 2015

44 hari tempoh berpantang..sekejap aje!

                             



Tempoh berpantang adalah tempoh kritikal bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Dalam tempoh 44 hari ini lah semua sudut dan aspek perlu dijaga. Dari segi kesihatan dalaman dan luaran ibu, dari segi kesihatan anak yang baru dilahirkan juga.

Saya pun tidak mahir dalam bab berpantang ni, first timer lah katakan.. hehe. Jadi selepas melahirkan, saya terus pulang ke kampung untuk berpantang selama 44 hari. Diawasi ketat oleh mama saya. Haha. Mama memang expert bab berpantang, dan saya pula jenis suka berpantang ni, 44 hari tu memang berpantang dengan betul dan istiqamah. Hihihi.

Ada yang berpendapat, leceh lah berpantang ni. Banyak sangat peraturan yang perlu diikut, lama pula tu. Tapi pada saya, apalah sangat 44 hari kalau nak dibandingkan dengan kesannya di hari tua kelak. 44 hari sekejap je, tahu-tahu baby pun dah besar.

Masa berpantang memang penat ditambah dengan nak menjaga anak, bertungku, tertagas, berurut, berpantang makan, dan ditambah pula "oncall" dengan baby setiap malam. Haha. Rasa macam energy drain out semasa pantang. Nasib baiklah ada mama yang bantu, kalau saya seorang tak tahu lah jadi apa :p

Awal pagi saya dah bangun mandi air panas dengan daun- daun yang mama dah rebus sekali (saya pun tak sure daun apa haha). Lepas mandi, terus berbekung, berpilis, bertungku dan berstokin. Memang makan masa kadang-kadang hampir sejam setengah baru siap, dan masa ini lah baby akan menangis nak susu. Macam tahu-tahu je mamanya lambat.

Tapi pada pendapat saya, memakai baju lengan panjang, berkain batik, berstokin dan rambut ikat sanggul itu adalah penting untuk mengelakkan angin masuk dalam badan. Kalau tidak, bukan orang lain yang tanggung, kita juga kan?

Sekejap je 44 hari, percayalah cakap saya. Pejam celik pejam celik dah 44 hari. Dan selepas habis tempoh berpantang saya rasa bagaikan satu kemenangan sebab saya dapat menghabiskan tempoh berpantang dengan baik sekali. Rasa macam happy dengan diri sendiri. Hehe

Apa-apapun, berpantang adalah pilihan diri sendiri. Kalau amalkan bagus, kalau tidak pun tak mengapa. Hehe.

Saya akan kongsikan lebih lagi pengalaman saya semasa berpantang terutamanya bab paling mencabar, menjaga luka. Haa mesti nak tahu kan?

So stay tuned!




December 22, 2015

Tips menambahkan susu badan, kelebihan Alfalfa dan ESP untuk ibu menyusu

Sudah masuk 4bulan saya exclusively breastfeed buah hati tercinta, Dyia. Exclusive breastfeed bermaksud memberi hanya susu badan kepada baby, tidak termasuk susu formula atau makanan tambahan. 

Alhamdulillah, saya sudah bersedia mentally dan physically untuk sepenuhnya breastfeed baby dan menggali ilmu2 breastfeeding sebelum melahirkan lagi. Sy tidak berkesempatan untuk menghadiri banyak kelas antenatal disebabkan komitmen kerja tetapi ilmu2 ini sy perolehi dari blog2 yg banyak berkongsi pengalaman semasa breastfeeding dan sy praktikkan dari mula sehingga sekarang. 

Betul, breastfeeding atau susu ibu adalah susu yg terbaik untuk baby sehingga baby berumur 6bulan dan digalakkan untuk menyusu seawal sejam selepas kelahiran. 

Alhamdulillah, selepas melahirkan, baby terus diletakkan di tepi sy dan direct breastfeeding dapat dilakukan serta merta. Mula-mula memanglah struggle sebab first time mother tetapi alhamdulillah dipermudahkan. 

Walaupun sudah mencecah 4 bulan sy menyusukan anak, susu badan masih banyak dan mencukupi. Masih teringat betapa meriahnya susu badan semasa berpantang, 1 session pump boleh dapat dalam 12oz. Dan biasanya sy akan pam 4-5kali sehari. Memang penuhlah deep freezer mak dekat kampung dengan susu badan je. Hehehehe. 

Apa yang sy amalkan adalah Set Berpantang Shaklee. Set ni boleh diambil mengikut kemampuan dan bajet anda. Set ini terdiri daripada ESP, OSTEMATRIX, B COMPLEX, VIT C DAN ALFALFA. Sy paling committed dengan ESP, ostematrix dan alfalfa. 

ESP yang kaya dengan protein membantu memperbanyakkan susu dan memekatkan supaya anak lebih kenyang manakala alfalfa bertindak sebagai penggalak susu. 

Setiap malam sy akan minum segelas milo + ESP dan 5biji alfalfa. Bila bangun keesokkan harinya, dah terasa bengkak walaupun pada waktu malam baby menyusu dalam 3 ke 4 kali. 

Pengambilan ESP dan Alfalfa sangat mudah, jadi bagi sy yg bekerja sebagai Doctor ni, dapat minum ESP pun dah cukup sebab kadang2 tak sempat pun nak makan. 

Sehingga sekarang, sy menyusukan anak mengikut demand dan sesi pumping adalah 2-3 kali sehari. 


Alfalfa dan osteomatrix. Hasil perahan sebelah sahaja almost 6oz :) 


Total lebih kurang 12 oz untuk 1 session. 
Mujurrrr ada alfalfa. Hehehehe 

Kepada ibu- ibu yang ingin menyusukan anak sehingga 6 bulan atau sehingga 2 tahun, anda boleh mengamalkan Alfalfa, ESP dan ostematrix. Insyallah, dengan konsep demand vs supply, susu badan akan cukup untuk demand baby dan stock. 

Jangan putus harapan dan teruskan usaha untuk breastfeed baby ye. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kita. Aminnn. 

Untuk consultation lanjut boleh hubungi, 

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia


December 17, 2015

RESEPI BARU ESP!! YUMMYYYYY ;)

Hyeee semua.

Perut dah berkeroncong, godek2 kat dapur tengok-tengok apa yang ada, ternampak sunquick.

Sedap juga ni kalau bancuh sejuk-sejuk.

Ohh teringat pagi ni belum minum ESP lagi.

Apa kata try resepi baru, ESP + SUNQUICK :)

Wowwww, sedap terangkat youuuuu!!!

Mesti akan bancuh lagi lepas ni.

Tak perlu beli tropicana yg agak pricey tu. Jimattttt sambil sihat.

Tenaga punnn boost up!

Yayyyy!!

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia

♥SET HAMIL, SET PANTANG, SET MENYUSU, SET KESUBURAN  ♥

MINAZ! I love!

Hyeee assalamualaikum semua :)

MINAZ..

Familiar tak? haha. Sy memang minat menggila dengan MINAZ ni.

Siapakah gerangan MINAZ ini? :p

Saya sangat rajin browse through instagram. Boleh kata setiap page yang orang like saya akan pergi risik-risik. Hahaha. Nampak sangat tak de kerjanya.

Jadi dalam risik merisik tu sy terjumpa instagram minaz dan follower nya sangat ramai. Rupa2nya Minaz adalah salah satu empayar besar dalam industri fesyen. Jubah dan tudung Minaz, capcus bak kata owner empayar ini, pijaminaz.

Saya mula terjebak dengan Minaz ni masa dalam pantang (opsss) . Mula mencari- cari baju untuk akikah anak perempuan saya. Dalam mencari- cari tu, hati terpaut pada jubah Le- floria dari Minaz. Memang lawaaaa sangat!

Lepas tu apa lagi, teruslah order (haiii perempuan macam ni lahhh :p). Sekarang ni tak perlu lagi nak bersesak-sesak ke butik, hanya order dengan trusted personal shopper (ps) yang telah dilistkan oleh pihak Minaz sendiri (ada ramai boleh pilih mana yg berkenan di hati).

Buat order mengikut saiz dan ukuran yang telah disediakan bagi setiap baju, order, online bankin dan baju akan terus sampai ke tangan anda.

Dari segi material pula, memang best. Kainnya berkualiti tinggi, kemas, jahitan kemas dan selesa, bidding pun cantik. Tak rugi lah rasanya membeli. Harga pun affordable.

Yang terbaru sy beli adalah lacey jubah, aisya jubah dan zaradress. Zaradress dan aisya jubah is my favourite sebab kainnya jatuhhh alahai lembut bak sang puteri. Kikiki. Memang jatuh cinta habis.

Kalau tengok instagram Minaz ni memang boleh juling-juling mata terbawa dalam mimpi siap. Hati-hati ye hehehehe.

Meh saya hidangkan sikit gambar- gambar dari instagram Minaz yang meruntun jiwa :p

Enjoyyyyyy!!! 
@minaz

December 16, 2015

8 Kelebihan ESP untuk ibu mengandung

Salam semua.

Selamat pagi.

Alhamdulillah dapat lagi sy update blog ni. Hehe.

Sy nak berkongsi sedikit pengalaman semasa mengandung dan supplement apa yang saya ambil sepanjang kehamilan.

Alhamdulillah, sepanjang 9 bulan mengandung sy tetap cergas walaupun adalah masa-masa yang kalah dek alah or morning sickness. Muntah-muntah, loya, pening kepala, tapi itu biasa dan normal disebabkan peningkatan hormon dalam badan untuk pembentukan baby.

Morning sickness saya agak lama juga, sampai ke 7 bulan. Tapi yabg paling teruk adalah dalam minggu ke 6 hingga ke 10. Memang lunyai. Hahaha.

Makan pun x lalu, susu apatah lagi. Baru masuk tekak dah muntah balik. Tapi disebabkan komitmen kerja, larat tak larat kena pergi juga lah. Heretlah juga kaki ke tempat kerja. Dan kerja saya sebagai doktor memang memerlukan tenaga yang berterusan, jadinya saya mesti cari option untuk teruskan semangat. Cewahhhh :p

Tenaga sangat penting semasa mengandung. Yelah kan, untuk diri sendiri dan juga untuk baby. Kalau tak cukup tenaga, badan akan rasa lemah lemau je ditambah lagi dengan morning sickness tu.

apa yang saya amalkan setiap pagi sebelum ke tempat kerja ialah ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee. Mula-mula takut juga nak ambil sebab tak boleh nak telan susu, tapi alhamdulillah, ESP + milo or sirap saya boleh adapt.

ESP dari Shaklee ini mengandungi "non-GMO" kacang soya yang tidak dimodified dan 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya. Tiada kolesterol rendah lemak dan mudah diserap oleh badan untuk tenaga berpanjangan. So jangan risau kalau minum ESP kolesterol naik. Hehe

Kelebihan ESP:
1) membekalkan tenaga berpanjangan
2) baik untuk pembentukan bayi/janin
3) mengatasi morning sickness
4) kulit cantik, putih dan gebu (sesetengah ibu mengandung mengalami masalah jerawat disebabkan perubahan hormon)
5) baby yang lahir pun akan putih gebu :)
6) persediaan untuk melahirkan dan menyusukan anak (ESP dapat meningkatkan penghasilan susu)
7) meningkatkan sistem imunisasi
8) mengurangkan stretch mark (paling best)


Sekian sahaja perkongsian saya di pagi ini. Insyaallah kita jumpa lagi di post akan datang. 

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil, ESP adalah yang terbaik untuk anda. 

Kalau berkeinginan untuk mendapatkan set mengandung, berpantang atau menyusu boleh hubungi saya :) 

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia

December 15, 2015

Atasi masalah sakit pinggang ketika mengandung


Salam semua..

Selamat pagi..

Hyeeeee.. dah sarapan? :)

Alhamdulillah ada masa lapang, baby pun tidur kita hupdate sikit blog ni bagi meriah. Hihi .

Panjatkan rasa syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya masih lagi kita bernafas pada hari ini. Alhamdulillah.

Saya nak cerita sikit pengalaman semasa mengandung. Haaaa, kalau ikutkan macam-macam pengalaman yg pasti tidak akan dapat saya lupakan. Dari kegembiraan menyambut berita kehamilan sampailah melahirkan.

Kalau nak cerita satu-satu memang tak kan habis sebab setiap hari ada saja pengalaman baru.

Tapi sy nak cerita sikit pasal krem kaki/tarik mengkarung ni. Bermacam-macam term yg orang gunakan untuk describe "krem kaki" ni. Mestinya ibu2 mengandung faham sangat apa perasaan kena krem kaki dan pinggang kan? hehe

Sekitar 32 minggu mengandung, sy dilanda masalah ini. Boleh kata, nk jalan pun dah macam penguin. Tapi krem sy ni lebih kepada pinggang kiri. Kalau nk bangun dr katil, hazab nya lah. Mengaduh2. Kadang2 berpaut pada husband or katil. Haha.

Rutin berkerja sy pula memang no time lah nk duduk, kalau shift 7jam, 7 jam lah berdiri. Memang x sanggup lah makkkk nakkkkkk!! :p Balik sure krem kaki dan sakit pinggang.

Nak dijadikan cerita, sy berbual dengann kakak ipar yg memang dah tahu cara nak atasi masalah ini dan sy diperkenalkan dgn ostematrix Shaklee. Mula2 agak ragu2 juga nak ambil yelah kita x pasti resultnya nanti, tapi sy cakap, " insyaallah mana tahu boleh okay kan?"

Dalam 32 minggu tu juga sy terus mencuba ostematrix dari Shaklee ini. Alhamdulillah kesannya sgt positive. Dalam 2 mggu mencuba, ambil 4 biji sehari secara consisten, krem kaki dan sakit pinggang hilang. Sy ulang ye, hilang. Hihi. Sy lebih senang nak berjalan, di tempat kerja pun xde lah jalan macam penguin dah.

Alhamdulillah, ostematrix dapat menyelesaikan masalah sy. Sampai sekarang sy amalkan ostematrix. Dari mengandung sampai bersalin sampai lah ke pantang dan post pantang.


Feedback sy sendiri dari account instagram lebih kurang 19 minggu yg lepas :) 

Sekian saja perkongsian sy pada kali ini, insyaallah ada banyaaaakkkk lg cerita yg sy akan sampaikan dalam post akan dtg kay. 

Terima kasihhhhhhh :) 

Xoxo, 

Ainfinas, 
Ur trusted SID 
0132744885

Pentingnya vitamin!

Salam semua, apa kabar?

Alhamdulillah dah dapat cara nak update blog guna handphone. Almaklumlah laptop ada teknikal problem sikit. Thanks to my sister in law, Siti Munirah, pakar blog kita :)

Hari ini sempat nak update sikit blog kesayangan ni..

Stay healthy. Itulah tagline or # yg sy selalu gunakan bila update instagram (@ainfinas_my_shaklee_) or facebook sy (Ain Syafinas). Hashtag bukanlah perkara asing sekarang, malah memudahkan follower atau pengguna instagram untuk search # dengan lebih cepat.

Apa pentingnya kesihatan kepada kita?
Mestilah pentingkan. General health. Rata2 semua mendoakan diri dan orang tersayang untuk kekal sihat sehingga akhir hayat.

Terdapat banyak cara untuk kita kekal sihat, antaranya pengambilan vitamin or supplement. Ada pelbagai jenis supplement di pasaran sekarang dan senang je nak beli contohnya di farmasi dan kedai- kedai ubat berdaftar. Antara jenama supplement yang popular adalah seperti blackmore dan sebagainya.


Tapi bagi sy pula, Shaklee adalah pilihan saya. Alhamdulillah kesannya sangat positive. Hampir setahun lebih sy amalkan Shaklee. Antara supplement yang sy amalkan adalah vitamin C, osteomatrix, ESP, VITALEA, ALFALFA, performance drink dan zinc complex.

Saya akan sambung cerita mengenai supplement2 ini di post akan datang ya.

Stay tuned!

Do follow my instagram @ainfinas_my_shaklee_ or facebook (Ain Syafinas)

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia

December 11, 2015

Salam Perkenalan Semua

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dah lama menyimpan hasrat untuk start blogging, tapi disebabkan kekangan masa dan commitment lain, tergendala sebentar.

Blog ini dihasilkan untuk sama2 berkongi cerita, pengalaman dan tips2 berguna.

Bersemangat rasanya nak kongsi macam2 cerita dalam blog ni. hehe :)

First and foremost,

Nama saya Ain Syafinas, a working mom, a fulltime wife and mother to a beautiful daughter.

Im a breastfeeding mother and i love it. Alhamdulillah. Nanti sy ceritakan breastfeeding journey saya okay? :)

Saya juga adalah Independent Shaklee Distributor (SID) yg akan sentiasa berkongsi pengalaman dan tips bersama anda.

Jom, lets start our journey together :)

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia