Tempoh berpantang adalah tempoh kritikal bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Dalam tempoh 44 hari ini lah semua sudut dan aspek perlu dijaga. Dari segi kesihatan dalaman dan luaran ibu, dari segi kesihatan anak yang baru dilahirkan juga.
Saya pun tidak mahir dalam bab berpantang ni, first timer lah katakan.. hehe. Jadi selepas melahirkan, saya terus pulang ke kampung untuk berpantang selama 44 hari. Diawasi ketat oleh mama saya. Haha. Mama memang expert bab berpantang, dan saya pula jenis suka berpantang ni, 44 hari tu memang berpantang dengan betul dan istiqamah. Hihihi.
Ada yang berpendapat, leceh lah berpantang ni. Banyak sangat peraturan yang perlu diikut, lama pula tu. Tapi pada saya, apalah sangat 44 hari kalau nak dibandingkan dengan kesannya di hari tua kelak. 44 hari sekejap je, tahu-tahu baby pun dah besar.
Masa berpantang memang penat ditambah dengan nak menjaga anak, bertungku, tertagas, berurut, berpantang makan, dan ditambah pula "oncall" dengan baby setiap malam. Haha. Rasa macam energy drain out semasa pantang. Nasib baiklah ada mama yang bantu, kalau saya seorang tak tahu lah jadi apa :p
Awal pagi saya dah bangun mandi air panas dengan daun- daun yang mama dah rebus sekali (saya pun tak sure daun apa haha). Lepas mandi, terus berbekung, berpilis, bertungku dan berstokin. Memang makan masa kadang-kadang hampir sejam setengah baru siap, dan masa ini lah baby akan menangis nak susu. Macam tahu-tahu je mamanya lambat.
Tapi pada pendapat saya, memakai baju lengan panjang, berkain batik, berstokin dan rambut ikat sanggul itu adalah penting untuk mengelakkan angin masuk dalam badan. Kalau tidak, bukan orang lain yang tanggung, kita juga kan?
Sekejap je 44 hari, percayalah cakap saya. Pejam celik pejam celik dah 44 hari. Dan selepas habis tempoh berpantang saya rasa bagaikan satu kemenangan sebab saya dapat menghabiskan tempoh berpantang dengan baik sekali. Rasa macam happy dengan diri sendiri. Hehe
Apa-apapun, berpantang adalah pilihan diri sendiri. Kalau amalkan bagus, kalau tidak pun tak mengapa. Hehe.
Apa-apapun, berpantang adalah pilihan diri sendiri. Kalau amalkan bagus, kalau tidak pun tak mengapa. Hehe.
Saya akan kongsikan lebih lagi pengalaman saya semasa berpantang terutamanya bab paling mencabar, menjaga luka. Haa mesti nak tahu kan?
So stay tuned!
No comments:
Post a Comment