Promosi Januari 2016

Promosi Januari 2016

December 25, 2015

Luka episiotomy lambat sembuh? 7 tips berguna untuk para ibu


 


Assalamualaikum dearest blogger and readers.

Saya on the way pulang ke JB, sambil-sambil dalam perjalanan ni jom kita update satu entry.

Kali ini, saya hendak berkongsi pengalaman dan tips untuk menyembuhkan luka episiotomy.

Haaa apa itu episiotomy? Episiotomy adalah luka surgical (surgical incision)  yg dibuat untuk mempermudahkan proses kelahiran di mana sedikit guntingan akan dibuat di bahagian posterior vagina wall dan perineum. Susahkan nak faham medical terms ni? Hehe. Saya sertakan gambar lebih senang nak faham.



Episiotomy dilakukan untuk mengelakkan laluan daripada terkoyak dan memerlukan lebih banyak jahitan dan prosedur.

Bukan semua kelahiran wajib untuk episiotomy. Malah sekarang, episiotomy tidak lagi dipraktikkan oleh sesetengah obstetrician. Bagi ibu-ibu yang sudah melahirkan lebih dari satu anak, mungkin tidak memerlukan episiotomy kerana laluan lebih fleksible berbanding ibu yang baru pertama kali melahirkan.

Masih teringat lagi saya saat-saat melahirkan, staff labour room yang menyambut kelahiran baby saya menyebut, "Dr, saya buat epi sikit ye". Masa itu sakit contraction melebihi segala-galanya. Sakit diepisiotomy tu macam semut je. Tak rasa pun. Hehe

Selepas dijahit, kini proses menjaga luka pula. Pada saya, inilah part paling challenging sepanjang berpantang.

Tips menjaga luka episiotomy


1) pastikan luka sentiasa bersih dan kering
Adalah sangat penting untuk sentiasa memastikan luka kering dan bersih. Saya amalkan setiap kali lepas keluar dari toilet tukar pad yang dipakai dan pastikan luka kering dahulu. Guna tisu bersih untuk lap. Tapi hati-hati ya, slow-slow je. Hehe

2) Iodin vs air
Semasa berpantang, nurse yang datang melawat ke rumah bekalkan saya dengan iodin untuk bersihkan luka setiap kali lepas mandi. Ada juga yang nasihatkan supaya hanya gunakan air paip biasa untuk bilas luka. Dua-dua saya cuba, tapi lebih suka pakai iodin sebab rasa lebih bersih. Boleh try mana-mana yang anda selesa.

3) jalan slow motion hehe
Yesss time ni lah kena jalan kepit-kepit slow-slow ala- ala princess supaya luka tidak tertetas. Kalau tertetas maka berganda-gandalah takutnya nanti. Haha. Sepanjang 44 hari berpantang, saya hanya pakai kain batik sahaja. No seluar. Ini memastikan bila duduk tu lebih selesa.

4) pantang makan (bukan pantang jumpa yeeee..hehe)
ini bab paling penting bagi saya. Makan kena pantang. Kalau makan yang gatal dan tajam, memang tak senang duduk lah nanti.
- ikan haruan: makan sejak day 1 berpantang. Buat sup or stim. Memang sedap. Ikan haruan sangat tinggi kandungan zinc yang sangat baik untuk penyembuhan luka.
- pati ikan haruan: pati ikan haruan ni saya tak cuba. Tapi dari hasil googlean saya ada yang cakap hanyir sikit. Ada yang tak tahan. Itu lah sebabnya saya batalkan hasrat untuk mencubanya. Brand pollaney yang paling popular.
- manjakani: yang ni saya makan dengan nasi panas. Manjakani sangat baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
- elakkan makanan yang gatal seperti ayam, seafood,ikan-ikan berbisa seperti ikan keli.

5) sapuan manjakani di tempat luka
Hanya blend kan atau tumbuk manjakani, campurkan dengan air dan sapu di tempat luka. Memang cepat je luka kering. Saya amalkan seminggu. Kesan sangat menakjubkan. Hehe

6) supplement zinc complex
Saya juga amalkan supplement zinc dari Shaklee. Zinc complex ini dah termasuk dalam set berpantang. Mudah je, makan sehari sekali sebelum makan pagi untuk merangsang penyembuhan luka dengan cepat. Alhamdulillah, luka saya cepat je sembuh.


7) Set berpantang Shaklee
Antara yang membuatkan saya terus bertenaga, susu banyak dan pekat dan luka cepat sembuh ialah dengan mengamalkan set berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, VITALEA, ZINC COMPLEX, B COMPLEX DAN ALFALFA. Set ini sangat membantu.
Insyaallah ada rezeki lagi saya akan teruskan mengambil set ini.



Tempoh menjaga luka ini sangat kritikal untuk memastikan luka cepat sembuh dan tidak terkena jangkitan. Sekiranya luka tertetas, berbau dan bernanah, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

Luka cepat sembuh, ibu pun stress free. Betul tak? :)

Untuk para ibu yang mempunyai masalah luka lambat sembuh atau sedang menunggu hari dan masih tercari-cari set untuk berpantang, boleh hubungi saya untuk consultation lanjut.

Ain Syafinas
013-2744885
ID: 1207458
COD HSAJB, BANDAR BARU UDA, TAMAN DAYA, AUSTIN PERDANA JOHOR BAHRU
Pos seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment