Promosi Januari 2016

Promosi Januari 2016

December 30, 2015

Tips bawa baby naik flight

Assalamualaikum semua.


Lama sudah sy tak update blog. Tak berkesempatan, baru pulang dari kampung dan spend masa bersama parents sementara mereka ada di rumah.

Hari ini saya hendak berkongsikan sedikit tips dan pengalaman semasa fly bersama si kecil untuk pulang ke Ipoh. Tak jauh dari Johor Bahru kalau menaiki kapal terbang, tapi inilah pengalaman pertama saya handle baby seorang diri naik flight.


Tips and pengalaman travel naik flight with baby
======================================

As a mother, mestilah cuak kan first time nak naik flight dengan baby. Tak tahu what to expect, tapi adalah google2 sikit-sikit baca tips before fly.

Tak jauh pun perjalanan dr JB ke Ipoh, dalam 1 jam 30min, tapi macam2 boleh jadi dalam perjalanan tu. Mentally kena prepare juga, buatnye melalak tak mau diam haru mak oiii. Hihi.

Travel naik firefly je (Ipoh hanya ada firefly n malindo air) tapi dah cukup selesa sebab masa check in tadi staff offer untuk duduk sorang. Sy pun okaylah, senang nk breastfeed. Tak ganggu org sebelah dan kita pun tak segan.

Kalau travel dengan infant wajib check in dekat counter, tak boleh web check in. Jadi datang awal sikit dalam 1jam setengah sebelum flight.

Limited handcarry
===============
First skali sebelum fly, mestilah setelkan luggage. Firefly sediakan 20kg manakala 15kg kalau naik malindo. Dah cukup berat tu. Masa nak pack, packlah segala benda masuk dalam luggage tu tinggalkan essential needs je dalam handbag. Limitkan hand carry senang nak bawa baby. Tadi pun beg dah 18kg, mcm bawak batu. Hahahaha :p


Masa nak boarding, staff akan dahulukan yang memerlukan extra need macam yang bawa baby, orang kurang upaya, org tua dan pregnant lady. Jadinya masa nak naik flight, kamilah org pertama yg boarding. Wahhh mcm vvip youuuu kikiki. Sebab apa, senang nk cari seat dan x perlu tunggu org nk letak bag semua. Kita dah siap-siap duduk.

Safetybelt for baby
==============

Baby akan ada safetybelt sendiri yang staff akan pasangkan. So tak perlu risau masa take off or landing. Safetybelt tu akan dipasang together dgn safetybelt person yg tengah pegang baby. So very easy :)

Takeoff
=======

Inilah yg paling mendebarkan sekali sebab takut baby takut. Padahal mak yang takut. Hahahaha. Ada tips dlm blog cakap susukan baby masa take off tapi Dyia tak mau. Prefer nak duduk and feel the feeling of take off. Okaylah. Jadi sy just tutup telinga dyia dua-dua guna tangan supaya pressure tak kuat sgt. Lepas dah stable boleh lepaskan dah dan baby pun happy, tak nangis.

Baby lebih prefer kot untuk berdiri n main-main instead of terikat dgn safetybelt, tp kena hati-hati lah pegang jangan jatuh :)

Essential dalam flight
=================

Sebelum bertolak ke airport make sure semua barang dah ready dalam handbag mcm pampers, tuala kecil, sweater, selimut kecil, and mainan. Tadi mak lupa nak bwk mainan, abeslah semua flyers dalam flight tu jadi bahan main. Hahaha. Dalam flight and airport sejuk, sweater sgt penting. Selimut kecik pun. Jgn nk naik flight pkei rompers je, menggeletarlah baby. Kesian nanti.


As long as baby x nangis, mainlah dengan baby so dia tak bosan. Lepas dah puas main nanti mesti baby akan tido.

Dyia main je dalam flight for the first 40 mins, lepas tu tido :)

Dekat nak landing barulah bangun. Nasib baiklah masa nak landing pun dyia cool je, tak nangis.

Kalau baby menangis dan tak mau diam, try susukan mane tahu boleh kawal sikit perasaan baby and rasa more comfort.

Alhamdulillah, it has been a good experience for me and Dyia tho kami travel berdua je. Next time boleh naik flight lg, ke Korea ke kite ehh. Haha.

Insyaallah memang hajat di hati nak sangat menjejakkan kaki ke korea. Plannya October 2016. Semoga dipermudahkan :) 

Picture sebelum bertolak :) 

Semoga tips ini bermanfaat untuk parents yang bakal travel bersama si kecik tercinta :) 



No comments:

Post a Comment